Friday, February 25, 2011

alhamdulillah...now in melbourne

alhamdulillah...i reached melbourne safely after such long tired journey...feel like dreaming seeing the trams, the australian rushing to work, and the church in front of my house....after a day, i realize that i have to face the reality..and real journey towards bright future is now begin..*start my day with high spirit..*

ni jalan depan umah...

                        


yesterday, when i have to depart to departure hall, only one thing spinning in my mind, "just go, never look back, hold back your tears...if Allah wishes, u'll come back again.." it's hard when when u have to say good bye...it's true, u will never miss the water till the well runs dry..i really appreciate people when they really far from me..

today i spent the whole day unpacking all the things...after all, alhamdulillah.....alhamdulillah...

Saturday, February 19, 2011

............

makin dekat masa nak tinggalkan makin berat hati nak tinggalkan msia...T_T
Ya Allah...kuatkan hati ini nak menghadapi cabaran di rantau orang untuk tahun ke-2...

never forget by maher zain ft mesut kurtis

Thursday, February 17, 2011

Membantu ibu bapa itu satu nikmat

Satu perkara yang paling sinonim denganku bila balik rumah ialah jaga kedai abah. Abah bukak kedai jual air kelapa dan tebu. Dan aku sendiri pernah mengambil alih kedai tu lepas menduduki SPM 2007. Dan disebabkan tu jugak aku tak keberatan kalau kena jaga kedai dan berpanas di situ sebab memang dah biasa...yezza, that's me...
Bila dok sane msti ade buku temankan aku. Sebab tu je yang aku boleh buat bila nak tggu org beli air. So, hari ni aku khatamkan buku "Kit Kombat Islam Untuk Remaja" by Dr Zainal Abidin.
Input paling menarik ialah keraguan2 yang terjawab. i will write it in my own words.

Keraguan 1: Adakah Islam Agama Kesejahteraan?

Yes, it is! the word Islam itself come from arabic phrase, salima which means peace. Islam teach the ummah to be moderate in every aspect of life.
 Hadith Rasulullah  yang diriwayatkan oleh Imam Muslim 
"Binasalah mereka yang melampau, binasalah mereka yang melampau" 

Hadith sahih yang lain diriwayatkan oleh Imam Ahmad, an-Nasai, Ibn Majah dan Al-Hakim, baginda berpesan: "Jauhilah perbuatan yang melampau dalam agama. Sesungguhnya telah hancur orang sebelummu kereana perbuatan melampau yang mereka lakukan dalam agama".

In short, Islam tak pernah mengajar umatnya berlebih- lebihan dalam berbuat sesuatu. Dan Islam datang bukan untuk menyusahkan umatnya tetapi untuk memperelok dan memantapkan kehidupan manusia.

Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah ( Surah Taha : 2-3)

Jadi Islam sentiasa memberikan rukhsah dalam ibadat pada waktu-waktu tertentu. seperti membolehkan makan babi bila tiada sumber makanan yang lain untuk menyelamatkan nyawa. Dalam ibadah pula, seseorang yang sakit boleh sembahyang dalam keadaan duduk atau berbaring.

Jadi, seharusnya tidak timbul tentang isu Islam yang rigid dan memberatkan umatnya. bersyukurlah kerana anda seorang Islam. *banyak lagi keraguan yang dibincangkan, 54 keraguan. i'll will write them later*

Berbalik pada kedai yang aku jaga. Bila duduk kat dunia luar, i mean bukan education environment, banyak benda yang kita boleh blaja sebenarnya. Seperti bersabar ngan kerenah pelanggan yang demanding. memang menguji kesabaran. kadang2 ade je yang datang buat muke seposen mintak free..mase tu mcm speechless sbb i neva meet such people before. sabar je. tapi pengalaman ni memang menarik. 

dan yang paling common org ingt aku tak sekolah dan macam kesian.c'mon guys....don't make such conclusion. kesoq ati tau. kalau tanye i'll juz say sy blaja kat melb, oz. ikut sukala nk percaye ke tak...hahaha..dan mesti yang bertanya mcm terkejut...susah nak percaye.. kalau yang xkenal maybe ingt aku tipu...xpela...xde maknanye kan nak menipu... smile je..n then i said "jual..."

ape pun aku gembira sebab dapat berbakti kat abah...sayang abah....


a week left b4 i fly back to melbourne...

time flies very quickly..... cuti 3months ++ da hampir berakhir...
hurm.....first thing yg pling bes bile sume org dok depan umah cabar sy men badminton...hahaha...sume work out nk bg sy kurus...ni lah hasil bile makan choc byk2 kat oz dlu...tobat x craving choc dah....dan sepanjang cuti kat umah ni sume makanan yg saye nk makan sume ma dan abah belikan....mmg kuat makan btol....
3 bulan ++ ni rasenye sy xsia2 kan....pg sy tlg wat keje2 kat umah, ptg sy pg jg kdai abah....i love mama n abah...that's all i can do to help u both.... dan mse awal2 cuti dlu da pg lawat sedara2 kat kl..dan 2 3 org kawan yg da 4 tahun xjmpe..mintak maaf kawan2 'cos being so quiet for years...i try to be independent...and make new friends in every places i go...
xlupe jugak...sy sgt gembira sbb ma bg peluang utk sy masak kat umh...dan dy pon da puji masakan sy sedap..alhamdulillah xsia2 tercampak nun jauh di sana, benua kanggaroo... to kakngah, bila awak nk rse masakan sy kan?
apa pun sy gembira kat umah...xlame lg msti termimpi2 kan msia setiap pagi...
kalau kat oz, ble bukak mata dgr bunyi tram..dalam hati, hurm bgsnya pakcik tram ni awal2 pg da keje..aku dok membuta lg...ish3...
tp mcm kecewa sbb dalam mimpi da smpai msia rupe2nye masih kat melb...huuuu...*haru btol sbb pernah satu semester sy mimpi balik msia setiap pagi.... *childish kan*

okla..gtg...kna kemas umah dan masak....berbakti utk seminggu lagi sbb xtaula hujung taun ni nk balik msia ke tak....nk berjuang utk smbg blaja tggi2...doakan jugak...

permataku ~ dedicated to all warga lot 2739

Wednesday, February 16, 2011

CINTA Yang Sempurna...

Firman Allah yang bermaksud: Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepada-Nya aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai arasy yang besar. (at-Taubah: 129)

Suatu hari, seorang arab Badwi datang bertemu dengan Rasulullah s.a.w katanya, “Wahai Rasulullah, adakah Tuhan itu dekat sehingga kami dapat bermunajat kepadaNya? Atau Tuhan itu jauh sehingga kami perlu menyeru kepadaNya?” Rasul terdiam hingga turunlah jawapan terus dari Allah swt berkenaan pertanyaan Badwi tadi

Dan apabila hamba-hamba- Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. (Surah al-Baqarah ayat 186)

Berpegang teguhlah dengan janji Allah ini, kerana tiada yang paling setia dengan janjinya melainkan Allah semata-mata. Allah memberikan baik dan buruk sesuatu perkara hanya atas tiga perkara:
1) Kerana Dia mahu mengingatkan kita kepadaNya.
2) Kerana Dia mahu mengampunkan dosa kita.
3) Kerana Dia mahu mengangkat martabat kita di sisiNya.

Tetapi, asal ketiga-tiga yang di atas itu adalah kerana Dia Maha Menyayangi kita sehinggakan bila kita terlupa atau sengaja lupakan Dia, tidak diazabnya kita terus serta merta. Bahkan Dia berikan sedikit cubaan, supaya kita ingat kembali padaNya. Supaya kita rasakan kembali kasihNya yang melimpah-limpah, supaya kita lembut hati untuk berkasih padaNya, dan supaya kita kembali ke pangkuanNya.

Hanya Dia sahaja tempat pergantungan kita. Selama mana kita bergelar hamba kepadaNya, selagi itulah kita bergantung seratus peratus kepadaNya. Dia menjanjikan kebahagiaan dengan segala ketenangan, ketenteraman, kekuatan, kebenaran, kemuliaan dan kesucian diri apabila manusia mendekatiNya. Dia Maha Menyayangi hamba-hambaNya, walau pun jelas keingkaran hambaNya. Dia tidak pernah memungkiri janji-janjiNya. Dia menawarkan kasihNya di mana sahaja kita perlukan. Dia menawarkan kasihNya bila saja kita dambakan. Dan Dia menawarkan kasihNya atas apa sebab sekali pun kita pohonkan.

Oleh itu, Kenapa perlu berputus harap padaNya. Sedangkan Dia tidak pernah memandang kita dengan pandangan kebencian? Kenapa perlu merintih pada ketentuanNya sekira Dia menawarkan kebahagiaan yang sangat besar di hujung perjalanan? Kenapa perlu ragu-ragu padaNya yang tidak pernah memungkiri janjiNya kepada kita? Tanda kasihNya sentiasa ada di dalam hati kita. Rujuklah kembali kepada ayat-ayat kasihNya yang diturunkan kepada kita, nescaya di sana ada janji setiaNya untuk kita…

Katakanlah: “Hai hamba-hamba- Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah az-Zumar ayat 53)

Ujian yang datang dariNya, terimalah dengan hati yang tenang. Berpautlah pada tali cintaNya dengan sekuat-kuat pautan, nescaya kita tidak akan terhempas dipukul badai dunia. Pandanglah sesuatu ujian itu dengan pandangan Allah. Letaklah Allah di hadapan kita dalam melalui sesuatu musibah, nescaya Allah meletakkan kita di hadapanNya, nescaya Allah memandang kita selamanya dengan pandangan kasihNya, nescaya Allah sejukkan hati dan jiwa kita dengan hidayahNya, dan diterangi jalan hidup kita dunia dan akhirat dengan Nur kekuatanNya.


Tidak ada gunanya kita mengadu dan bersedih hati, bila kita diuji Allah. Kerana orang-orang yang beriman hanya bersedih bila Allah tidak memandangnya lagi, selagi ada pandangan Allah pada kita, maka syukurilah dengan ujian itu. Tanda Dia amat mengambil berat akan hal kehidupan kita. Tidak bermakna hilang kasih manusia itu, hilang selamanya. Mungkin ada kasih yang lebih hebat menanti di hari muka, yang kita tidak pernah bayangkan di mata dan tidak pula pernah kita kecapinya di hati.

Sebaliknya, dekatilah Allah sedekat-dekatnya. Kasihilah Allah sedalam-dalamnya. BERBUALLAH DENGAN ALLAH selalu. Bermunajatlah kepadaNya selalu. Mengadulah masalah kita padaNya selalu. Mintalah kasihNya selalu. Nescaya Dia akan sentiasa dekat pada kita. Dia akan sentiasa kasih pada kita. Dia akan selalu berbual dengan kita. Dia akan selalu mendengar munajat kita. Dia akan selalu berkongsi masalah kita. Dan yang paling penting, Dia akan sentiasa meletakkan kita sebagai hambaNya yang mulia di sisiNya.

Apalah harga dunia jika ditimbangkan dengan setitik kasih sayang Allah. Hilang nikmat dunia bila datang setitis rahmat Allah. Lebur seluruh dunia, tenggelam dalam cinta Allah. Bila manusia sudah benar-benar teguh bersama Allah, perjalanannya sentiasa tenang dan damai, hatinya sentiasa terpaut pada Allah. Kasihilah Allah sepenuh hatimu, tumpahkanlah cintamu kepadaNya seikhlas mungkin, dekatilah Allah sedekat mungkin dan cintailah Allah sehalus mungkin. Nescaya hadir nanti insan yang mendekatimu kerana kelimpahan kasihmu pada Allah, kerana keikhlasan cintamu pada Allah, kerana dekatnya dirimu dengan Allah.. ketika itu dirimu akan menjadi perantara tumpahnya kasih Allah padanya…

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh, kelak Allah Yang Maha Pemurah akan menanamkan dalam (hati) mereka rasa kasih sayang. (Surah Maryam ayat 19)



Sumber : heart2heart